Isteri kepada penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad, iaitu Dr Afifah Hidayah menzahirkan luahan hati mengenai peranannya sebagai ibu selepas melalui fasa ujian dalam rumah tangga.
Menerusi perkongsian di media sosial, Dr Afifah berkata, setiap pengorbanan dan langkah yang diambil selama ini dilakukan semata-mata demi anak-anak.
“I carried them with love, nursed them with patience, raised them with prayers and dreams. Setiap langkah, setiap keputusan… semua demi mereka,” katanya.
Tambahnya, konsep co-parenting dalam Islam bukan sekadar perkongsian tanggungjawab, tetapi juga satu amanah yang berlandaskan kasih sayang dan belas ihsan (rahmah).
“Co-parenting in Islam is about Rahmah — mercy and responsibility. Walau perkahwinan berakhir, tanggungjawab membesarkan dan membimbing anak kekal sebagai amanah bersama,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Dr Afifah turut menitipkan doa agar diberikan kekuatan dan ketenangan dalam menghadapi cabaran sebagai seorang ibu.
“Dalam sabar ada kekuatan, dalam doa ada harapan. Asbiru warabitu, Ya Allah, kurniakan ketenangan dan kekuatan buat hati seorang ibu,” katanya.
Sebelum ini, peguam syarie, Mohd Redzuan Ramli yang mewakili Nubhan memaklumkan anak guamnya telah memfailkan permohonan hadanah (hak penjagaan anak) di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

Artikel Berkaitan: “Penuhilah Hatiku Dengan Sabar & Reda, Jauhkan Aku Dari Putus Asa…” – Isteri Nubhan Mohon Diberi Kekuatan
Artikel Berkaitan: “Semoga Ada Kelembutan Dalam Hati Dia Untuk Saya & Anak” – Isteri Nubhan Mohon Doa Orang Ramai






