Penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Heliza Helmi tidak bersetuju dengan cadangan peminat yang meminta agar program realiti popular, Akademi Fantasia diulang siar semula.
Menerusi satu hantaran di Threads, seorang pengguna media sosial mencadangkan kepada sebuah stesen televisyen agar menayangkan kembali semua musim program realiti berkenaan.
BACA: Heliza Helmi Saran Isu Palestin Dijadikan Sukatan Pelajaran Sekolah

Kata individu itu lagi, dia meminta untuk Astro menyiarkan semula program AF daripada musim pertama hingga 10 kerana rindukan diari AF serta konsert mingguan.
Hantaran individu berkenaan mendapat perhatian Heliza yang berharap ianya tidak ditayangkan semula kerana ramai pesertanya sudah berhijrah.

“Janganlah. Ramai dah berhijrah. Jangan ditayang lagi na,” tulisnya.
Komen balas Heliza itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang bersetuju kerana ramai yang menyertai program berkenaan kini sudah pun berhijab dan ianya hanya membuka aib peserta.






