Rebecca Nur Al-Islam Tamat Pengajian, 5 Tahun Bertarung Masa Demi Segulung Ijazah

Rebecca Nur Al-Islam Tamat Pengajian, 5 Tahun Bertarung Masa Demi Segulung Ijazah


Pelakon Rebecca Nur Al-Islam melakar satu lagi kejayaan manis dalam hidupnya apabila berjaya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, dalam majlis konvokesyen yang berlangsung Khamis lalu.

Menerusi perkongsian di Instagram, Rebecca memuat naik beberapa foto manis bersama anak-anak sambil menyarung jubah konvokesyen, sekali gus menzahirkan rasa syukur atas perjalanan hampir lima tahun menuntut ilmu.

Menurut Rebecca, tempoh itu bukan mudah memandangkan dia perlu menggalas pelbagai tanggungjawab serentak.

“Perjalanan hampir lima tahun ini bukan sesuatu yang mudah. Dalam masa sama saya ibu kepada tujuh anak yang masih kecil, saya anak kepada ibu saya, saya isteri (ketika itu) dan saya bekerja mencari rezeki halal untuk anak-anak,” katanya.

Mengimbas dugaan yang pernah dilalui, Rebecca berkata pengalaman getir itu mendidiknya untuk lebih reda dan menyerahkan sepenuhnya kepada ketentuan Allah.

“Saya sedar dunia ini sementara. Saya hanya pinjaman Allah. Apa pun yang terjadi, saya reda dan bersyukur kerana percaya Allah sayangkan saya,” ujarnya.

Dalam masa sama, Rebecca turut menitipkan pesanan buat anak-anaknya agar terus berpegang teguh pada ajaran Islam dan tidak mudah goyah apabila berhadapan ujian hidup.

“Hidup tidak selalunya indah. Kita pasti diuji. Pegang agama dan Al-Quran. Pandangan orang lain tidak penting… kita senyum dan ucap Alhamdulillah,” tulisnya.



Source link

OR

Scroll to Top