Isteri kepada penyanyi Nubhan iaitu Dr Afifah Hidayah meluahkan rasa kagum terhadap perjalanan karier seni penyanyi, Mawi.
Menerusi satu hantaran di Threads, Dr Fie berkata Mawi merupakan penyanyi yang pernah mencetuskan fenomena yang amat dahsyat suatu ketika dahulu ketika menyertai Akademi Fantasia.
BACA: Jawab Dakwaan Tak Suap Anak, Dr Fie Guna Teknik Baby-Led Weaning

“Satu perkara tentang Mawi, dia sangat memukau saya dulu waktu muda-muda. Dekat Akademi Fantasia, dia pakai Mawi World, simple tapi menakjubkan. Masa tu lagi dia dah pakai mendunia,” tulisnya.
Perkongsian Dr Fie itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut bersetuju dan Mawi sehingga kini masih mempunyai aura tersendiri.
Sementara itu, ada netizen beranggapan hantaran Dr Fie itu tanda dia menonton program Gegar Vaganza serta memberikan sokongan buat suaminya.





