Seorang pengguna media sosial berpendapat pelakon dan penyanyi Bella Astillah tidak sepadan untuk menjalin hubungan dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dakwa tak sekufu?
Screenshot
Menerusi perkongsian di Threads, individu berkenaan mempersoalkan keserasian mereka selain mendakwa pasangan itu tidak sekufu dan kelihatan seperti sekadar gimik.

“Tak percaya Bella Astillah betul couple dengan Syed Saddiq, macam tak sekufu. Macam tak relevant satu sama lain. Bella sesuai couple dengan IQ retis saja. Ni macam staged couple dari PR,” ciapan individu berkenaan.
Kenyataan tersebut bagaimanapun mendapat respons daripada abang Syed Saddiq, Syed Salleh Syed Abdul Rahman, yang tampil mempertahankan kedua-duanya.
Menurut beliau, tahap IQ (Intelligence Quotient) bukanlah faktor utama dalam menentukan keserasian sesebuah hubungan. Sebaliknya, komunikasi yang baik serta sikap saling menghormati memainkan peranan lebih besar dalam memastikan keharmonian antara pasangan.
“Pendapat saya tentang perkara ini: Perbezaan IQ tidak menentukan keserasian, manakala komunikasi dan saling menghormati adalah peramal yang jauh lebih kuat. Sekadar pandangan saya,” balasnya.
Tambahnya, beliau mengenali kedua-dua individu tersebut secara rapat dan melihat sendiri bagaimana komunikasi antara mereka berlangsung dengan baik serta seiring.
Foto: mStar
“Saya mengenali mereka berdua dengan rapat, dan komunikasi mereka selaras. Kenyataan anda bercanggah dengan hujah anda sebelum ini bahawa IQ mentakrifkan keserasian.
“Dakwaan seperti itu tidak relevan tanpa bukti. Komunikasi dan saling menghormati lebih penting. Sekadar pandangan saya. Kesimpulannya, komunikasi tidak perlu rumit atau terikat dengan IQ yang tinggi.
“Ia boleh semudah membincangkan isu dan mencari penyelesaian bersama. Itu mencerminkan kematangan,” tambahnya lagi.
Artikel lanjut: Sepanjang 33 tahun, Bella Astillah wanita pertama Syed Saddiq ucap ‘I love you’ – Space Dollah
Terdahulu, spekulasi mengenai hubungan rapat antara Syed Saddiq dan Bella Astillah akhirnya terjawab apabila mereka sah mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis tertutup yang berlangsung pada Sabtu.
Majlis yang dihadiri ahli keluarga serta rakan terdekat itu menyaksikan ibu kepada Syed Saddiq menyarungkan cincin ke jari manis Bella sebagai simbolik ikatan pertunangan mereka.
Sumber: Threads syedsalleh






