Kebelakangan ini, negara digemparkan dengan berita beberapa selebriti dan juga pempengaruh medi sosial tempatan yang akhirnya memutuskan untuk tidak lagi menutup aurat dan berhijab. Malah, golongan ini tanpa segan silu memaparkan kepada khalayak umum seolah tiada rasa bersalah.
Sehingga perkara ini, tidak hanya menggusarkan para agamawan dan rakan artis yang masih lagi mencuba memperbaiki diri untuk menutup aurat dengan lebih sempurna.
Lebih mengejutkan apabila, perkara ini juga berjaya meraih perhatian mereka yang bukan Islam, untuk menegur dan memberikan sudut pandang tentang tindakan konyol ini!
Umat Islam Malu Besar! Bila Orang ‘Non-Muslim’ Pula Yang Ingatkan Tentang Tuhan!
Baru-baru ini, menerusi sebuah muatnaik hantaran dilaman Instagram miliknya, tindakan penerbit, David Teo, yang bersuara tentang keputusan yang diambil penyanyi BBNU untuk melepas hijabnya telah menjadi sorotan netizen.
Malah, rata-rata wargamaya turut menzahirkan rasa malu apabila individu bukan Islam seperti David pula yang mengingatkan umat Islam tentang tuhan dan berharap agar wanita muda itu sedar akan kesilapan yang telah dilakukan.
Artikel berkaitan: Fenomena ‘Tudung Terbang’ Di Kalangan Selebriti Buat Noorkhiriah Hiba! Titip 3 Pesan Ini..
“Ramai orang kejar pahala dunia, tapi tak ramai orang kejar pahala akhirat.
“Walaupun iman kita berbolak-balik, tapi kita sebagai manusia kenalah kembali kepada Tuhan,” tulisnya.
Menerusi hantaran itu, teguran serta nasihat yang diberikan oleh David disifatkan, sebagai teguran seorang bapa kepada anak perempuannya. Dalam masa sama, dia meminta agar orang ramai mendoakan semoga artis BBNU berkenaan menerima hidayah semula untuk kembali ke pangkal jalan.
“Yang penting kita doakan dia semoga mendapat hidayah ke jalan-Nya,” tulisnya.
Netizen Sokong ‘Nasihat Positif’ Dari David Teo
Meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata warganet menyokong tindakan David menegur dan memberikan nasihat positif berkenaan. Meskipun, dia bukan terdiri dari umat Islam atau mualaf. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet.
“Mr David Teo tegur keliru siapa muslim sebenarnya ni. Semoga Mr David mendapat hidayah Allah SWT,” komen netizen.
“Saya hormat sama awak Mr David, bukan muslim tegur orang yang sedia muslim, sedih dengan seagama sendiri, terima kasih Mr David,” tulis netizen.
“Bukan muslim tegur yang muslim, malunya ya Allah. Moga kita sempat bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
“Makin ramai yang bertudung dah free hair.. Allahu.. Moga kita sempat bertaubat,” komen netizen.
Sekadar info, pada Ahad lalu, seorang penyanyi BBNU, telah mengejutkan orang ramai apabila berkongsi beberapa foto dirinya yang sudah tidak bertudung di dalam Instagram miliknya dengan warna rambut baharu seakan patung ‘Barbie’.
Sumber: Instagram David Teo
Artikel berkaitan: Miliki Porshe Biru, Masya Masyitah Inspirasi Hijabi ‘Muda dan Kaya’
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.