Pelawak Achey membuat kejutan buat isterinya, Anne sempena ulang tahun kelahiran dengan menghadiahkan kereta jenis Proton X50.
Menerusi perkongsian di Instagram, Achey berkata dia membuat kejutan awal seminggu sebelum tarikh ulang tahun kelahiran isterinya kerana kereta yang digunakan kini perlu diperbaiki.
BACA: “Bila Isteri Masuk Live View Naik” – Achey Rasa Janggal Isteri & Anak Makin Popular
“Bismillah..happy advance birthday mama.. terpaksa bagi awal sebab Myvi buat hal lagi. Jadi benda nak pakai untuk urusan awak seharian.
“Tak dapat nak bagi pada tarikh besday sebenar.. lagipun Myvi tu kena betul-betul cek balik untuk wear n tear.. awak sidai tepi jalan pun dah berapa kali,” tulisnya.
Menurut Achey, isterinya lebih selesa memandu kereta Myvi meskipun sering berdepan kerosakan dan pernah membeli beberapa kenderaan lain namun jarang digunakan.
“Belikan Audi TT tapi dia jual.. belikan Mercedes, Tiara tak nak naik lepas tu jual. Kononnya belikan Mustang..nak merasa katanya.
“Kami jual juga sebab bayar bulan je tinggi pakai tak sedap mana pun. Jadi Myvi juga dia bedal sampai lumat..
“Moga dengan kemunculan x50 ni .. urusan harian awak lebih terjaga dan mudah. Tak banyak yang saya fikir janji awak selesa untuk melunaskan tugasan awak seharian,” tullisnya.






