“Ada pengajaran dalam setiap pilihan raya” -Steven Sim seru PH muhasabah & ambil iktibar

“Ada pengajaran dalam setiap pilihan raya” -Steven Sim seru PH muhasabah & ambil iktibar

“Ada pengajaran dalam setiap pilihan raya” -Steven Sim seru PH muhasabah & ambil iktibar


Pengerusi DAP Pulau Pinang, Steven Sim menyifatkan keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan sebagai satu peringatan kepada Pakatan Harapan (PH) untuk bermuhasabah dan mengambil iktibar bagi menghadapi pilihan raya akan datang.

DAP tetap bangga pertahan 9 kerusi

Memetik laporan daripada Berita Harian, meskipun berdepan persaingan sengit, DAP tetap berbangga kerana berjaya mengekalkan sembilan kerusi, manakala PH mempertahankan 11 kerusi pada PRN kali ini.

“Sudah tentu ini bukan satu pertandingan mudah. Kita memang sedar cabaran yang akan dihadapi sejak hari pertama lagi. Tetapi saya nak katakan kita bangga dengan kepimpinan berani saudara Anthony Loke yang telah mengepalai perjuangan di Negeri Sembilan.
“Kita harus mengambil pendirian ataupun pendekatan muhasabah diri, ada pengajaran yang harus dipelajari dalam setiap pilihan raya,” katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Program Jualan MADANI KUSKOP (JMK) 2026 yang turut dihadiri Presiden ANGKASA, Datuk Seri Dr Abdul Fattah Abdullah.

Mengulas mengenai persediaan DAP di Pulau Pinang, Steven berkata parti itu sentiasa memberi tumpuan kepada usaha berkhidmat kepada rakyat dan tidak hanya bergerak apabila musim pilihan raya tiba.

Beliau turut menegaskan pimpinan PH Pulau Pinang sentiasa bersedia menghadapi sebarang kemungkinan, selain mengingatkan bahawa Malaysia kekal sebagai sebuah negara majmuk yang perlu terus mempertahankan semangat kepelbagaian kaum.





Source link

OR

Scroll to Top