“Ada Yang Boleh Lemas Kalau Saya Bongkar Semua” – Sarimah Ibrahim Akui Banyak ‘Teh’ Dalam Industri Seni

“Ada Yang Boleh Lemas Kalau Saya Bongkar Semua” – Sarimah Ibrahim Akui Banyak ‘Teh’ Dalam Industri Seni


Pelakon dan pengacara, Che Puan Sarimah Ibrahim, mencetus perhatian netizen apabila berkongsi kenyataan ‘pedas’ berhubung isu yang didakwa sudah lama membelenggu industri hiburan tempatan.

Menerusi perkongsian di Threads, Sarimah berkata dia baru menerima berita panas atau ‘tumpah teh’, namun perkara itu langsung tidak mengejutkannya selepas hampir 30 tahun bergiat dalam dunia seni.

Menurutnya, meskipun sudah lali dengan situasi sebegitu, Sarimah tetap kecewa kerana isu yang sama masih berulang dan menjejaskan integriti industri.

“Saya baru dapat ‘tumpah teh’ yang agak panas. Sejujurnya, saya tak terkejut pun sebab sudah melalui realiti ini hampir tiga dekad dalam industri. Tapi tetap rasa kecewa kerana perkara seperti ini masih berlaku.

“Saya terima saja. Alhamdulillah, Allah lebih tahu. Bakat sebenar dalam apa jua bidang adalah amanah, satu anugerah yang tak boleh dibeli atau dijual,” tulisnya.

Sarimah turut memberi bayangan dia mengetahui lebih banyak perkara di sebalik tabir, namun memilih untuk tidak mendedahkannya secara terbuka bagi mengelak memalukan pihak tertentu.

“Sebenarnya banyak yang saya boleh dedahkan, tapi saya tak sampai hati. Nanti ada pula yang ‘lemas’ kalau saya tumpahkan semuanya. Cara itu tak betul,” katanya lagi.

Kenyataannya itu mengundang pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat, malah ramai yang cuba meneka isu sebenar yang diperkatakannya.



Source link

OR

Scroll to Top