Nama pelakon jelita, Almy Nadia yang juga isteri kepada aktor, Fizz Fairuz bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air.
Malah, sebelum ini namaya menjadi sebutan ramai berikutan ada yang terkejut melihat perubahan fizikal yang dialaminya hingga warganet mencadangkan agar dia melakukan pembedahan Bariatrik sebelum terlambat.
Lebih menarik lagi, ketika menjadi tetamu dalam sebuah program yang membincangkan berkenaan tabungan dan masa depan anak-anak. Almy berkongsikan tip bagaimana dia mendidik anak-anak untuk berjimat dan menabung.
Namun, lain pula yang menjadi sorotan dan perhatian netizen, apabila kulit wajah Almy kelihatan begitu mulus dan ‘glowing’, meskipun sudah menginjak usia 40 tahun.
Netizen Tertanya Apa ‘Rahsia’ Kulit Almy Begitu Glowing?
@bintangkecilmy Haa duit kena simpan jangan membazir #almynadia #Kids #Sspn #bintangkecil #foryou #fyp ♬ suara asli – 🇮🇩𝐌𝐚𝐳𝐬𝐞𝐡𝐡 𝐄𝐯𝐚𝐧🦏
Perkara berkenaan tular dilaman Tik Tok apabila video berdurasi minit itu dimuatnaik menerusi akaun @bintangkecilmy, meski bertubuh gempal, namun ramai yang memuji bahawa Almy kelihatan comel dan pandai dia jaga kulit muka!
Malah, ramai yang memuji Almy dilihat yang tetap menjaga penampilan dan menitikberatkan penjagaan kulitnya sehingga kelihatan begitu sihat, sekaligus membuatkan netizen terpukau melihatnya.
Selain itu, ramai yang bertanyakan apakah ‘rahsia’ ataupun amalan yang dilakukan Almy hingga mempunyai kulit wajah yang begitu bersih, sihat berseri dan tampak remaja dari usianya.
Artikel berkaitan: “Tak Kisah, Saya Suka Dia Begitu!” – Penampilan Isteri Dikritik ‘Hebat’ Fizz Fairuz Akui Tetap Sayang Almy Nadia
Susulan itu Hijabista sempat menjengah ke ruangan komen dan mendapati rata-rata wargamaya mengagumi cara Almy menjaga kulit wajahnya. Bahkan, ada yang mendoakan agar urusannya sentiasa dipermudahkan.
Berikut merupakan beberapa komen yangd itinggalkan warganet yang berjaya mencuri perhatian Hijabista.
“Penah terserempak depan-depan masa dia baru beranak satu.. Memang cantik gila kulit dia. Flawless licin. Satu lagi cantik Erin Malik. Tapi Almy ni memang cantik kulit diam,” Tulis warganet.
“Comeynye… Glowing sugguh! Saya cemburu sangat,” kata netizen
“Glowingnya muka Almy😍,” ujar wargamaya.
Sekadar info, Almy telah mendirikan rumah tangga bersama suaminya yang juga merupakan seorang aktor, Fizz Fairuz pada tahun 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata.
Sumber: Tik Tok Bintang Kecil
Artikel berkaitan: “Tiada Kapsyen, Hanya Sedih, Terima Kasih Allah..”- Fizz Fairuz Titip Rasa Syukur Almy Nadia Berhijab!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
Tubuh kita tidak menghasilkan vitamin sehingga kita perlu mendapatkannya dari sumber makanan yang kita makan. Manfaat vitamin untuk tubuh kita antara lain membina imumiti atau kekebalan tubuh, yang diperlukan untuk melawan infeksi virus dan bakteria menular.
Salah satu vitamin itu adalah vitamin C, yang boleh didapati dari sumber-sumber alami seperti jeruk, asam jawa, strawberi, bayam, kale, dan brokoli. Namun vitamin C bukan satu-satunya yang diperlukan tubuh kita untuk menjaga daya tahan tubuh, melainkan juga keempat vitamin berikut ini. Jom, semak penjelasannya ini!
Dikenal juga dengan nama retinol, vitamin A berfungsi dalam menjaga kesihatan tubuh, terutama organ mata dan mempertahankan sistem kekebalan tubuh. Makanlah pelbagai makanan yang merupakan sumber vitamin A, seperti wortel, bayam, hati, ikan, ayam, telur, dan produk olahan susu.
Kekurangan Vitamin D dikaitkan dengan meningkatnya autoimun dan lebih terdedah terkena jangkitan. Berbeza dengan vitamin lain, vitamin D diproduksi oleh tubuh secara alami saat kulit terkena paparan sinaran matahari. Selain itu vitamin D juga terdapat pada makanan, contohnya ikan berlemak baik seperti salmon, tuna, dan makarel; serta pada telur, keju, dan cendawan.
Vitamin E adalah antioksidan super yang membantu tubuh melawan jangkitan. Vitamin E juga salah satu antioksidan yang membantu melindungi sel-sel dari kerosakan akibat radikal bebas. Makanan yang kaya vitamin E antara lain kacang-kacangan, bayam, dan biji-bijian.
Menurut dietitian Julia Zumpano, RD, LD dari Cleveland clinic, vitamin B6 ini penting untuk menyokong reaksi biokimia pada sistem kekebalan tubuh anda. Makanan yang kaya dengan vitamin B6 ini antaranya ialah ayam, salmon dan tuna. Vitamin B6 sayuran terdapat pada sayuran hijau dan kacang chickpeas atau kacang arab.
Jadi, itulah tadi beberapa jenis vitamin yang diperlukan tubuh untuk menjaga daya tahannya terhadap serangan virus dan bakteria jahat. Mengingat peranannya yang cukup penting, jadi wajib juga ya memastikan menu makanan kita mengandungi zat gizi di atas. Jaga Kesihatan Ya!
SUMBER: Womentalk
Download seeNI sekarang!
Gelang merupakan aksesori pelengkap yang mampu memberikan penampilan warna lebih menawan. Terdapat banyak jenis atau model unik yang boleh anda jadikan pilihan.
Namun, ada sesetengah wanita hanya mementingkan kecantikan gelang itu tanpa memikirkan sama ada ia sesuai dengan bentuk tangan mahupun personalitinya.
Berikut Hijabista tergerak untuk berkongsikan beberapa tip untuk Hijabi memilih gelang yang tepat dan sempurna, barulah gaya dan stail vass hingga menjadi sorotan ketika Syawal nanti!
1. UKURAN TANGAN
Perkara paling utama dalam memilih gelang yang sesuai ialah dengan melihat ukuran tangan anda terlebih dahulu.
Anda perlu mencuba dahulu gelang tersebut agar ia tampak sepadan dengan bentuk tangan dan personaliti anda. Jangan memilih gelang yang terlalu longgar atau terlalu ketat.
2. GAYA HIDUP
Sesuaikan gelang yang dipilih dengan gaya hidup anda. Contohnya, jika aktiviti harian anda lebih santai dan menenangkan, pilihlah gelang yang mempunyai sentuhan feminin seperti gelang bermanik ataupun mutiara.
Artikel berkaitan: Tak Perlu Hantar Kedai, Hanya Guna Satu Bahan Je! Confirm Barang Kemas ‘Bling-Bling’ Raya Nanti
Jika aktiviti anda lebih aktif dan lasak, gelang yang diperbuat daripada metal ataupun kulit nyata cukup sempurna buat anda.
3. MATERIAL PILIHAN
Gelang boleh didapati dalam pelbagai bahan dan material. Anda boleh memilih gelang mengikut cita rasa tersendiri sama ada gelang yang diperbuat daripada emas, perak, manik, kristal, mutiara dan sebagainya.
Jika anda sukakan gaya mewah, pilihlah gelang emas atau perak. Selain menunjang penampilan yang lebih menawan, gelang yang diperbuat daripada bahan ini mempunyai nilai yang cukup tinggi.
4. HARGA
Gelang yang mahal tidak bererti ia mempunyai kualiti yang tinggi. Anda dinasihatkan untuk memilih gelang yang berkualiti tinggi agar ia mampu mendapat kepuasan saat anda memakainya. Selain itu, pilihlah harga gelang mengikut kemampuan anda.
Jangan membeli gelang disebabkan trend semata-mata. Apa yang lebih utama agar ia tampak sesuai dan sempurna pada pergelangan tangan anda.
Artikel berkaitan: Mas Kahwin Seutas Gelang Emas, Tanda ‘Cinta’ Dai Syed Buat Hana Ismail
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!