Penyanyi Andi Bernadee mengejutkan ramai apabila dilihat muncul dengan berselubung menggunakan kain putih selepas hampir setengah tahun menghilangkan diri.
Memetik mStar Online, Andi berkata dia tampil sedemikian kerana belum sedia berkongsikan wajahnya kepada umum.
BACA: Macam Penagih? Andi Bernadee Rupanya Menderita Hipertiroid
Menurut Andi lagi, dia berselubung bagi mengelakkan orang bercakap buruk mengenai dirinya serta bagi mengelak penyakit ain.
“Sebenarnya saya pakai ni nak mengelakkan daripada orang terus bercakap perkara negatif atau menyakitkan hati dan saya belum sedia untuk berkongsi kepada semua keadaan saya sekarang ini.
“Sebelum ini kan saya kurus sebab sakit jadi ramai yang cakap bukan-bukan pasal saya jadi terpaksa tutup macam ini dan tunggu masa yang sesuai saya akan dedahkan kepada semua bagaimana rupa atau badan saya nanti,” katanya.
Sementara itu, Andi berkata dia sudah lama tidak keluar serta berjumpa dengan orang ramai dan akan menunjukkan wajahnya pada awal bulan hadapan ketika di pelancaran album terbarunya.
“Lama juga saya tidak keluar dan berjumpa dengan orang dan bila buat keputusan pakai kain ni atas persetujuan saya dan pihak pengurusan juga dan ada sebab-sebab tertentu yang tak boleh beritahu,” katanya.
Terdahulu, Andi memberitahu dia berdepan masalah kesihatan dikenali sebagai penyakit graves iaitu gangguan autoimun.
Andi berkata sehingga hari ini dia masih berulang alik ke hospital dan penyakit tersebut menyebabrkan berat badannya turun mendadak.
Sumber: mStar Online






