Pelakon Syatilla Melvin berkata dia tidak akan berdiam diri berkenaan isu membabitkan adiknya, Syida Melvin yang didakwa menjadi mangsa Narcissistic Personality Disorder (NPD).
Menerusi perkongsian di Insta Story, Syatilla berkata dia tidak mahu mahu campir hal membabitkan rumah tangga adik beradiknya, namun kes Syida melibatkan individu narsistik.
BACA: “Dasar Narsistik! Aku Jadi Pengemis Dalam Syarikat Sendiri” – Syida Melvin Dakwa Dianiaya Suami?

“Kalau melibatkan hal lain aku memang tidak kuasa nak campur hal rumah tangga orang tapi NPD kes yang istimewa. Darah daging aku tu. Kau silap sebab bonding kami adik-beradik terlalu luar biasa.
“Mangsa gangguan personaliti narsisistik (NPD) (Syida) kali ini mempunyai sistem sokongan yang amat dahsyat! Kau ada siapa?
“Aku rasa orang luar pun tahu macam mana rapatnya kami adik-beradik. Kalau orang lain mungkin dah gila, tapi adik aku takkan gila sebab da tahu tak worth it langsung,” katanya.
Sebelum ini, Syida meluahkan rasa kecewa mendakwa dirinya dizalimi oleh individu berinisial SS dipercayai merujuk kepada suaminya.
Menurut Syida, dia mendakwa perlu menanggung hutang syarikat yang didakwa dibuat atas namanya serta diperlakukan seperti pengemis yang ada namanya sendiri dan modal daripada wangnya.






