June 13, 2024

Andrew jahil, bodoh sejarah – Veteran UMNO


KUALA LUMPUR –  Veteran UMNO menyifatkan Andrew Sia sebagai seorang yang jahil dan bodoh sejarah.

Setiausaha Agung Veteran UMNO, Datuk Mustapha Yaakub berkata, artikel kolumnis berkenaan bertajuk Our Apartheid Academy, UiTM berunsur hasutan.

Malah tulisan yang dimuatkan dalam portal berita itu boleh dikategorikan menyentuh isu 3R, katanya.

“Veteran UMNO menyokong desakan Pergerakan Pemuda UMNO supaya Andrew Sia memohon maaf dan artkel itu ditarik balik.

“Itulah cara yang terbaik supaya Sia tidak sial,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mustapha turut menggesa agar kerajaan mewartakan UiTM sebagai sebuah institusi pengajian tinggi khusus untuk orang Melayu dan bumiputera.

Langkah itu, katanya, bagi mengelakkan sebarang salah tafsiran dan buruk sangka kepada institusi itu.

“Sejak ditubuhkan UiTM telah berjaya melahirkan ratusan ribu graduan didalam berbagai bidang. Mereka telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam, swasta, ahli perniagaan, ahli poliitik dan profesional yang diiktiraf dunia.

“Kalau perlu ia hendaklah didaftarkan sebagai harta intelek orang Melayu,” katanya lagi.

Terdahulu, Pergerakan Pemuda UMNO mengecam penulisan dangkal Andrew Sia dan mendesaknya membuat memohon maaf terhadap kelantangan penulisannya yang menggelar UiTM sebagai sebuah ‘Akademi Aparteid’ di sebuah portal berita hari ini.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, sebagai rakyat Malaysia, penulis seharusnya memahami sejarah penubuhan UiTM dan betapa sensitifnya intsitusi pendidikan itu terhadap orang Melayu serta bagaimana Perkara 153 perlu dipertahankan. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top