Anggap ‘Ratu Balada’, Aina Abdul Pasang Impian Duet Dengan Mahalini – “Insya-Allah, Suatu Hari Nanti”

Anggap ‘Ratu Balada’, Aina Abdul Pasang Impian Duet Dengan Mahalini – “Insya-Allah, Suatu Hari Nanti”


Penyanyi bersuara lunak, Aina Abdul mengakui menyimpan hasrat untuk berduet dengan penyanyi popular Indonesia, Mahalini.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Aina atau nama sebenarnya Nurul Aina Abdul Ghani, 31, menyifatkan Mahalini sebagai ‘ratu balada’ yang memiliki aura tersendiri dalam industri muzik.

“Sudah tentu. Mahalini memang queen of ballad, queen of everything,” katanya menjawab pertanyaan peminat.

Dalam masa sama, Aina yang baru melancarkan single terbaharu berjudul Berjauh-an berkata impian tersebut bergantung kepada rezeki.

“Insya-Allah, kalau ada rezeki suatu hari nanti. Doakan,” katanya.

Artikel Berkaitan: Busana Unik Diperbuat Dari 150 Helai Tuala ‘Legend’, Aina Abdul Terkilan Persembahan Di AJL40 Separuh Akhir Alami Masalah Teknikal



Source link

OR

Scroll to Top