July 27, 2024

Anwar ziarah bekas bendahari Abim

Anwar ziarah bekas bendahari Abim


PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menziarahi sahabat lamanya yang juga bekas Bendahari Angkatan Belia Malaysia (ABIM), Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman yang kini mendapatkan rawatan di sebuah hospital di ibu negara.

Menerusi perkongsian di Facebook miliknya, Perdana Menteri memaklumkan, beliau bersyukur dan gembira melihat sahabatnya itu kini dalam keadaan baik.

Pada masa sama, beliau juga mendoakan kesembuhan untuk Syed Ibrahim dengan diberikan kesihatan terbaik.

“Sempat bicara panjang dengan beliau dan keluarga, terutamanya kenangan ketika bersama-sama dalam gerakan belia Islam dan aktivisme suatu ketika dahulu.

“Mendoakan saudara Syed Ibrahim segera sembuh dan dikurniakan keafiatan berpanjangan, Insya-Allah,” katanya. –UTUSAN

 





Source link

OR

Scroll to Top