Anzalna Nasir Tegas Status & Kecantikan Bukan ‘Tiket’ Untuk Sombong

Anzalna Nasir Tegas Status & Kecantikan Bukan ‘Tiket’ Untuk Sombong

Anzalna Nasir Tegas Status & Kecantikan Bukan ‘Tiket’ Untuk Sombong


Pelakon Anzalna Nasir mengaku tiada keperluan untuk seseorang itu bersikap sombong meskipun bergelar artis atau insan biasa.

Kata Anzalna,  status pangkat, kekayaan, kecantikan dan tahap kepandaian bukanlah tiket untuk seseorang itu bersikap sombong dan mendabik dada.

“Sejak kebelakangan ini, asyik terbaca tentang artis yang sombong, tetapi bukan artis sahaja, sesiapa pun boleh jadi begitu.

“Kadang-kadang terfikir juga, apa sebenarnya tujuan bersikap sombong? Kalau rasa diri kaya, sentiasa ada yang lebih kaya.

“Kalau rasa diri cantik, ada lagi yang lebih cantik. Kalau rasa diri pandai, ada yang lebih bijak,” katanya di Threads.

Dalam hantaran sama, Anzalna menegaskan, meskipun bergelar selebriti, dia juga tidak terlepas memberi layanan yang sama terhadap individu yang bersikap sombong terhadapnya.

“Namun, kalau orang bersikap sombong dengan saya walaupun sudah 10 kali berjumpa, mungkin saya akan membalas dengan sikap yang sama,” jelasnya.

Sejak kebelakangan ini, isu selebriti bersikap sombong menjadi perdebatan hangat dalam kalangan netizen menerusi platform media sosial.



Source link

OR

Scroll to Top