Arias bawa Columbia ke pusingan 16 terbaik

Arias bawa Columbia ke pusingan 16 terbaik


KANSAS CITY: Colombia mengesahkan tempat ke pusingan 16 terbaik Piala Dunia 2026 selepas menewaskan Ghana 1-0 dalam aksi yang dikuasai sepenuhnya wakil Amerika Selatan itu di Stadium Kansas City, sebentar tadi.

Jaringan awal Jhon Arias pada minit ke-14 sudah memadai memastikan Colombia melengkapkan senarai 16 pasukan terakhir, sekali gus menempah pertemuan dengan Switzerland di Vancouver, Rabu ini.

Colombia bagaimanapun menerima tamparan awal apabila penyerang utama, Jhon Cordoba terpaksa dikeluarkan akibat kecederaan pangkal paha sebelum digantikan Luis Suarez, manakala Ghana turut kehilangan Marvin Senaya kerana kecederaan.

Suarez yang baru dimasukkan segera memberi impak apabila melakukan hantaran lintang tepat kepada Arias untuk mudah menolak masuk gol kemenangan selepas pertahanan Ghana gagal mengawalnya.

Didorong sokongan padu penyokong sendiri, Colombia terus menguasai permainan menerusi corak serangan pantas dan kreatif, namun ketumpulan penyudah menyebabkan mereka gagal menambah jaringan.

Luis Diaz mensia-siakan peluang terbaik sebelum rehat, selain golnya dibatalkan kerana ofsaid pada babak kedua, manakala Lawrence Ati Zigi beberapa kali bertindak cemerlang menyelamatkan gawang Ghana daripada dibolosi lebih banyak gol.

Ghana pula gagal memberi tentangan bermakna apabila langsung tidak mencatatkan sebarang percubaan tepat ke arah gol sepanjang 90 minit, sekali gus menyerlahkan kelemahan jentera serangan mereka.

Meskipun hanya menang dengan kelebihan satu gol, Colombia membuktikan mereka memiliki segala ramuan untuk mencabar lebih jauh dalam kejohanan apabila menguasai hampir keseluruhan perlawanan sebelum menanti cabaran Switzerland di pusingan 16 terbaik. – AGENSI



Source link

OR

Scroll to Top