Tonton umum 223 pemenang, buruan hadiah utama kini bermula

Tonton umum 223 pemenang, buruan hadiah utama kini bermula


Kuala Lumpur: Kempen Tonton Non Stop, On Top! Pusingan 1 melabuhkan tirainya apabila seramai 223 pemenang diumumkan membawa pulang pelbagai ganjaran menarik. 

Bagaimanapun, teka-teki mengenai siapakah pemilik bertuah hadiah utama sebuah kereta elektrik, Wuling Bingo EV, masih belum terjawab.  

Identiti pemenang utama yang berjaya mengumpul 64,561 mata itu hanya akan diumumkan secara rasmi pada majlis penyampaian hadiah dalam masa terdekat.  

Selain hadiah utama, seramai 222 pemenang naib johan, hadiah saguhati dan hadiah saguhati khas turut diraikan dengan ganjaran hebat termasuk 17 telefon pintar Oppo serta lebih 200 baucar tunai. 

Orang ramai boleh menyemak senarai penuh pemenang bertuah ini menerusi pautan khas di akaun Instagram rasmi Tonton.  

Bagi yang terlepas peluang dalam pusingan sebelum ini, ini masanya untuk mengorak langkah kerana Pusingan 2 kini dibuka secara rasmi mulai 29 Jun hingga 12 Julai 2026.  

Mekanisme kempen menyaksikan semua kutipan mata peserta daripada pusingan terdahulu ditetapkan semula ke angka sifar. Persaingan kini kembali seimbang dan sesiapa sahaja mempunyai peluang yang sama untuk memburu takhta juara.  

Caranya cukup mudah kerana pelanggan pelan TontonUp untuk pakej tiga atau 12 bulan hanya perlu menstrim rangkaian filem Korea terhebat yang terpilih di platform Tonton untuk mengumpul mata. 

Antara judul ‘box office’ yang menanti penonton termasuk Exhuma, Hijack 1971, The Moon, Sinkhole, The Childe, dan Peninsula.  

Selain itu, Tonton turut membawakan semula slot Turboost yang menawarkan ganjaran mata berganda apabila penonton menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu.  

Bagi Turboost Minggu 3 yang berlangsung pada 4 dan 5 Julai 2026, pelanggan boleh menyaksikan filem atau drama menarik seperti Neraka Yang Terhijab, Luka Di Hujung Setia, Holy Night: Demon Hunters, The Roundup: No Way Out, dan The Bad Guys: Reign Of Chaos.  

Sementara itu, Turboost Minggu 4 pada 11 dan 12 Julai 2026 pula bakal menghidangkan kandungan hebat seperti Azure Spring, I’m Calling Off the Engagement with the Male Lead, Shall We Date for Just One Day?, In This Life, I’m Trying to Save the Boss, dan Can Ghosts Be Laundered?.  

Langgan, strim dan kumpul mata sebanyak mungkin menerusi kempen Tonton Non Stop, On Top!. Layari laman web rasmi di contest.tonton.com.my/nonstopontop atau ikuti media sosial @tontonmy di Facebook, Instagram, TikTok, dan Twitter untuk maklumat lanjut.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top