Kuala Lumpur: Bekas pengarah Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 63, didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu terhadap pertuduhan pengubahan wang haram.
Mahkamah membebaskan Fauziah Piut, 61, dan bekas Timbalan Pengarah JANS, Lim Lam Beng, 72.
Mereka diarah membela diri terhadap pelbagai pertuduhan pengubahan wang haram pada 4 Disember 2024.
Hakim Mahkamah Sesyen, Abu Bakar Manat mengeluarkan perintah itu selepas memutuskan bahawa pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap mereka.
Ketiga-tiga mereka dibicarakan bersama 37 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan wang tunai dan simpanan bank berjumlah RM61.57 juta, serta memiliki barang mewah secara haram antara Oktober dan November 2016.
Berita lanjut menyusul
© New Straits Times Press (M) Bhd






