Pelakon dan penyanyi Bella Astillah berkata dia masih belum membuat sebarang persiapan untuk majlis perkahwinannya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Memetik mStar Online, Bella berkata fokus mereka kini adalah pada keputusan kes rayuan mahkamah tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
“Sebenarnya bila tanya mengenai persediaan, saya masih belum boleh berkongsi apa-apa sangat.
“Saya tak tahu kalau anda perasan atau tidak, sekarang ini kita lebih fokus pada persiapan Syed Saddiq untuk 30 Jun ini, jadi sama-sama doakan,” katanya.
Sementara itu, Bella berkata selepas urusan mahkamah it selesai barulah mereka akan beri fokus pada persiapan perkahwinan.
Syed Saddiq kini menunggu keputusan rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasannya daripada tuduhan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) di Mahkamah Persekutuan pada 30 Jun ini.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq bertunang pada 28 Mac lalu.
Sumber: mStar Online






