Beri Kata Semangat, Aishah Azman Dituduh Nak ‘Try’ Kamal Adli

Beri Kata Semangat, Aishah Azman Dituduh Nak ‘Try’ Kamal Adli

Beri Kata Semangat, Aishah Azman Dituduh Nak ‘Try’ Kamal Adli


Pelakon Aishah Azman menerusi satu hantaran di Threads mendoakan buat Kamal Adli supaya terus kuat menempuh dugaan selepas sah bercerai talak satu dengan bekas isterinya, Uqasha Senrose.

Menerusi hantaran berkenaan, Aishah turtu mendoakan yang baik-baik buat rakan gandaingannya menerusi drama Dia Imamku.

BACA: Kamal Adli, Uqasha Senrose Sah Bercerai Talak Satu

“Moga yang baik-baik untuk KA. Stay strong Budin. Sincerely from Dr.Afifah,” tulisnya.

Bagaimanapun, perkongsian Aishah itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang kurang senang kerana aktres itu hanya memberikan kata-kata semangat kepada Kamal sahaja.

Malah, ada yang mengatakan jika mahu berikan kata semangat sebaiknya kepada kedua-dua pihak.

Tidak hanya berdiam diri, Aishah berkata dia hanya sekadar mendoakan buat Kamal kerana pernah bekerjasama dalam satu drama serta meminta orang ramai tidak menyebarkan fitnah.






Source link

OR

Scroll to Top