Rita Rudaini Tegur Tindakan Tahan Sijil, Wang Ganjaran Pelajar Cemerlang SPM Kerana Tunggakan PIBG

Rita Rudaini Tegur Tindakan Tahan Sijil, Wang Ganjaran Pelajar Cemerlang SPM Kerana Tunggakan PIBG


Pelakon Rita Rudaini menyuarakan pandangannya berkenaan isu pelajar cemerlang yang didakwa tidak menerima sijil serta wang ganjaran pelajar cemerlang berikutan tunggakan yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Menerusi perkongsian di Insta Story, Rita berkata perkara itu perlu diselesaikan secara bijak dan bukan menyekat hak pelajar berkenaan.

BACA: “Yang Tanya Tu Solat Tak?” – Rita Rudaini Pertahan Siti Nurhaliza 

“Kalau pun ada tunggakan, selesaikan dengan cara bijak bukan sekat hak dia (pelajar). Yang berusaha itu dia, jadi kenapa hak dia dinafikan? 

“Jangan jadikan sistem sebagai alasan untuk menindas yang tak bersalah. Sijil itu bukan ganjaran, itu bukti usaha dia yang tak patut disekat,” katanya.

Dalam pada itu, Rita turut menggesa agar pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil tindakan terhadap perkara berkenaan.

“Bila PIBG tak jalankan tanggungjawab dengan adil dan betul kepada ibu bapa serta pelajar pula bagaimana?

“Sumbangan, wang ringgit selama ini daripada sokongan ibu bapa walaupun hanya RM1. Tanpa sumbangan daripada ibu bapa persatuan akan lumpuh.

“Kementerian Pendidikan mohon ambil tindakan. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku. Persatuan hanya persatuan asalkan pelajar ini tidak pernah melakukan kesalahan melanggar undang-undang sekolah,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top