Meskipun ini bukan pengalaman pertamanya beraksi di pentas Anugerah Juara Lagu, penyanyi Black Hanifah bagaimanapun meluahkan hasratnya untuk kembali menghangatkan anugerah ini setelah sekian lama.
Kata Black, selain merindui suasana dan cabaran sepanjang anugerah berlangsung, terlibat dan menjadi sebahagian daripada anugerah berprestij itu adalah satu pengalaman berharga buat seorang penyanyi.
“Ya, saya kalau boleh nak kembali ke pentas yang berprestij tu di mana saya dah rindukan zaman kita bekerja keras pagi, petang, malam. Pressure tu saya nak.
“Saya dah lama agak relaks, jadi kita nak ada rasa balik vibe tu. Adrenalin tadi pun nak naik macam mana tadi, nak pergi tandas banyak kali. Punya lah nervous sangat,” katanya yang menganggap lagu Hijab Rindu sebagai lagu istimewa untuknya selepas menjadi pembedahan peti suara.

Dalam pada itu, Black juga mengakui sokongan peminat daripada peringkat usia khasnya menerusi lagu Hijab Rindu menjadi faktor utama dia yakin lagu ini mendapat tempat di AJL40.
“Menekan-nekan dia orang! Tadi macam komen-komen yang saya dapat, mestilah peminat lagu ni yang memang kalau kita tengok bukan daripada orang dewasa saja, budak-budak kecil pun menyanyi lagu ni sampai habis. Jadi itulah yang push untuk suruh dapat ke final.
“Memang lagu ni kalau ikutkan orang-orang yang dekat dengan saya memang mengharapkan sangat lagu ni untuk ke final.
“Tapi saya cakap, saya cuba buat yang terbaik selepas lama saya berehat untuk menyanyi di depan TV secara live, di depan penonton yang datang dengan harapan. Dia jadi lain. Kalau kita pergi show lain, orang tu macam nak enjoy, tapi ni orang macam mengharapkan.
“Jadi satu pressure, tapi saya rasa saya dapat deliver dengan baik malam ni. Inshaa-Allah saya harapkan juri-juri pun memilih sayalah. Ambil jelah lagu ni, lama sangat tak perform kat AJL ni,” jelasnya.
Ketika disoal mengenai keyakinannya untuk merangkul tempat atau memenangi Vokal Terbaik seperti sebelum ini, Black bagaimanapun enggan meletakkan sasaran terlalu tinggi.
“Saya berdoa supaya lagu ni ada tempat walaupun bukan di Top 3 tapi mungkin ada Persembahan Terbaik ataupun Vokal Terbaik. Saya sasarkan yang itu dulu. Selebihnya daripada juri.
“Dan saya rasa untuk dapatkan tempat tu tak mustahil kalau saya berdisiplin untuk sampai ke final nanti. Kalau masuk, kita kena ada rutin yang baik, jaga makan dan kita akan sampai juga lah. Saya akan bagi tentangan yang hebat juga kepada mereka,” ujarnya.
Artikel Berkaitan:Busana Unik Diperbuat Dari 150 Helai Tuala ‘Legend’, Aina Abdul Terkilan Persembahan Di AJL40 Separuh Akhir Alami Masalah Teknikal
Artikel Berkaitan:Irfan Haris Dedah Faktor Kesihatan Punca Amira Othman Tak Nyanyi Rasa & Takdkr – “Dia Tak Cukup Fit”
Artikel Berkaitan:Umairah Ganti Amira Othman Nyanyi ‘Rasa & Takdir’ Di AJL40 Separuh Akhir Malam Pertama
Artikel Berkaitan:AJL40 Separuh Akhir Bakal Bermula, 20 Karya Rebut Tiket Ke Pentas Akhir… Berapa Lagu Akan Layak?






