July 16, 2024

BN: Lucut keahlian enam Ahli Parlimen muslihat politik PN

BN: Lucut keahlian enam Ahli Parlimen muslihat politik PN


KUALA LUMPUR – Barisan Nasional (BN) sedang memantau perkembangan mengenai pelucutan keahlian enam Ahli Parlimen dan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu)

Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, tindakan tersebut dilihat sebagai muslihat politik berbanding keutamaan untuk mengekalkan kestabilan dan usaha memulihkan ekonomi negara.

Zambry berkata, ia adalah salah satu keputusan yang dicapai dalam Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Tertinggi BN yang diadakan semalam.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau menyerahkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul untuk memutuskan mengenai kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu berikutan keahlian mereka dilucutkan

Semalam, Ketua Whip Bersatu, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dalam kenyataan memaklumkan notis pemakluman kekosongan kerusi enam Ahli Parlimen Bersatu yang terhenti keahliannya secara serta-merta telah diserah dan diterima pejabat Johari.

Ia membabitkan kerusi Parlimen Jeli dan Gua Musang (Kelantan), Bukit Gantang dan Kuala Kangsar (Perak), Tanjong Karang (Selangor) dan Labuan (Wilayah Persekutuan).

Sementara itu, Zambry berkata gabungan itu akan memberi komitmen dalam mempersiapkan semua jentera parti bagi membantu calon Kerajaan Perpaduan dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Bakap, Pulau Pinang.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Julai ini sebagai hari mengundi bagi PRK Sungai Bakap dan 22 Jun hari penamaan calon, manakala pengundian awal pada 2 Julai.

PRK Sungai Bakap diadakan susulan kematian penyandang Nor Zamri Mohd Nor pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top