June 24, 2024

Boleh tolong tak bagi cermin pada Kor Ming – Akmal


KUALA LUMPUR – “Boleh tolong bagi cermin tak kat menteri ni?

“Takut dia dah lama tak guna cermin sejak jadi menteri ni,” sindir Dr Muhammad Akmal Saleh kepada Nga Kor Ming.

Dalam hantara ringkas itu, Dr Akmal turut memuat naik berita yang memaparkan gambar Kor Ming.

Keratan berita itu berhubung kenyataan Kor Ming yang Naib Pengerusi DAP meminta semua pihak yang disifatkan sebagai ‘tukang bakar’ atau ‘parasit politik’ untuk bermuhasabah terhadap segala kelemahan diri.

Kor Ming bagaimanapun tidak merujuk kepada sesiapa berhubung kenyataan itu.

Pengerusi DAP Perak yang ditemui media dalam Program Meriah Beraya anjuran Kerajaan Negeri Perak dan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kepayang hari ini juga meminta agar semua pihak di negara ini untuk menjaga keharmonian serta perpaduan masyarakat terutama dalam bulan Ramadan dan Syawal yang bakal tiba. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top