Bursa tutup pada Rabu, Khamis ini jika Aidilfitri 10 April 2024

Bursa tutup pada Rabu, Khamis ini jika Aidilfitri 10 April 2024


KUALA LUMPUR – Operasi Bursa Malaysia akan ditutup pada hari Rabu, 10 April 2024 jika hari pertama Hari Raya Aidilfitri jatuh pada hari tersebut.

Cuti umum itu akan bersambung pada 11 April 2024.

Bursa Malaysia berkata, tarikh ini tertakluk kepada pengumuman rasmi oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Menurutnya, kedua-dua pasaran sekuriti dan derivatif akan dibuka seperti biasa pada 9 April 2024.

Walau bagaimanapun, tiada sesi Dagangan Malam T+1 untuk pasaran derivatif.

Bursa Malaysia dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada Jumaat, 12 April 2024.

Namun, jika Hari Raya Aidilfitri jatuh pada 11 April 2024, Khamis, dagangan sekuriti dan derivatif beroperasi seperti biasa pada 10 April.

Bursa akan tutup pada 11 dan 12 April.

Menurutnya, bursa dan anak syarikatnya akan kembali dibuka pada hari Isnin, 15 April 2024. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top