May 18, 2024

Usaha bersama kukuhkan ringgit – BNM


KUALA LUMPUR – Usaha-usaha terselaras yang dilaksanakan bagi menggalakkan aliran masuk yang lebih konsisten oleh syarikat berkaitan kerajaan dan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan  serta libat urus yang lebih meluas dengan syarikat korporat dan perniagaan di Malaysia berjaya mengukuhkan kedudukan ringgit.

Bank Negara Malaysia berkata, sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh dan meningkat 0.6% berbanding dolar AS.

Dalam tempoh yang sama, purata volum pertukaran asing harian meningkat kepada AS$17.6 bilion berbanding AS$15.5 bilion pada 2023, menurut jawatankuasa itu.

FMC berkata, ringgit telah didagangkan dalam keadaan teratur pagi tadi.

Menurutnya, nilai ringgit pada waktu dagangan dibuka adalah pada 4.7475, iaitu nilai yang sama semasa waktu dagangan ditutup pada akhir hari Jumaat lepas, dan pergerakannya selaras dengan mata wang serantau lain.

Bank Negara Malaysia berkata demikian selepas Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC) mengadakan mesyuarat hari ini.

Mesyuarat ini khususnya terdorong oleh usaha-usaha yang dipertingkatkan oleh BNM bagi menggalakkan penukaran FX oleh syarikat korporat dan perniagaan Malaysia.

Tambahnya, usaha-usaha selaras yang sedang dilaksanakan  dikekalkan berikutan tumpuan yang diberikan pada pendapatan pelaburan dan hasil eksport yang bersifat berulang.

Selain itu, pengukuhan ringgit yang lebih berterusan mampu meningkatkan minat yang lebih meluas untuk penukaran FX oleh syarikat korporat yang mempunyai lebihan pegangan mata wang asing, lantas memberikan sokongan lanjut terhadap sentimen ringgit.

FMC yang dianggotai oleh wakil BNM, institusi kewangan, syarikat korporat, penyedia perkhidmatan kewangan dan institusi lain mengambil maklum tentang aktiviti penukaran FX yang lebih tinggi dalam pasaran FX tempatan, yang didorong oleh aliran ketara yang berpunca daripada usaha terselaras dan kesempatan menjual AS$ yang digunakan oleh sesetengah pengeksport.

Ringgit kali terakhir didagangkan pada 4.7525. Ahli menyatakan bahawa ringgit diniagakan secara teratur pada pagi Isnin, dibuka pada 4.7475, paras yang sama dengan penutupan Jumaat dan bergerak sejajar dengan mata wang serantau lain.

Namun, Pengerusi FMC dan Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Adnan Zaylani Mohamad Zahid berkata, tahap ringgit pada masa ini di bawah nilai saksama meskipun asas-asas ekonomi Malaysia terus kukuh dan prospek ekonomi adalah positif.

Beliau juga mengulangi pendirian bahawa BNM tidak mempertimbangkan kawalan modal atau sekatan seperti yang dilaksanakan semasa Krisis Kewangan Asia disebabkan oleh potensi kesan buruk terhadap ekonomi. – MalaysiaGazette

 

 



Source link

OR

Scroll to Top