July 27, 2024

Chegu Bard didakwa fitnah, menghasut sehingga rosakkan nama baik Agong

Chegu Bard didakwa fitnah, menghasut sehingga rosakkan nama baik Agong



fadli@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Chegu Bard mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan memfitnah dan menghasut sehingga didakwa merosakkan nama baik Yang di-Pertuan Agong.

Chegu Bard atau nama sebenarnya Badrul Hisham Shaharin, 45, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di Mahkamah Sesyen Jenayah 4 di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali, di sini, hari ini.

Mengikut pertuduhan pertama, Chegu Bard didakwa melakukan perbuatan itu

di Istana Negara, 6 petang 22 Januari lalu mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Chegu Bard juga berdepan tuduhan mengikut Seksyen 4 (1)(c) Akta Hasutan iaitu membuat penerbitan menghasut menerusi hantaran di media sosial di Taman Bukit Cheras, di sini, 12.15 tengah hari 6 April yang membawa hukuman denda mencecah RM5,000, penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Timbalan Pendakwa Raya Syed Faisal Syed Amir memohong Mahkamah menetapkan ikat jamin berjumlah RM20,000 bagi setiap pertuduhan dan menetapkan perintah larangan bersuara atas kedua-dua pihak.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top