Chery raikan atlet Paralimpik negara

Chery raikan atlet Paralimpik negara


Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tiga dari kiri) bersama jaguh Paralimpik negara, Muhammad Ziyad (tengah) serta Liek Hou (dua dari kiri) pada Majlis Penyerahan Kenderaan Kepada Pemenang Pingat Sukan Paralimpik Paris 2024 di Chery Glenmarie Showroom, Shah Alam pada Selasa. Foto Sinar Harian – ROSLI TALIB

CHERY Malaysia meraikan atlet Paralimpik negara melalui satu majlis istimewa yang menghargai pencapaian dan sumbangan mereka dalam sukan serta memupuk inklusiviti.

Majlis yang diadakan di bilik pameran Chery di Glenmarie, Selangor, turut menyaksikan penyerahan kenderaan Chery kepada atlet Paralimpik yang membelinya dengan diskaun eksklusif, menunjukkan komitmen Chery dalam menyokong dan memperkasakan atlet-atlet luar biasa ini.

Majlis tersebut dihadiri para atlet, keluarga mereka, wakil Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) serta wakil Chery dalam suasana penuh penghormatan dan penghargaan.

“Para atlet Paralimpik kita mencerminkan kekuatan dan ketabahan yang menjadi inspirasi kepada semua.

“Di Chery, kami berbesar hati berdiri bersama mereka dalam perjalanan mereka, meraikan kejayaan mereka dan menyokong aspirasi mereka,” kata Naib Presiden Chery Malaysia, Michael Chew.

Tahun lepas, Chery melancarkan inisiatif khas yang menawarkan diskaun eksklusif kepada atlet Olimpik dan Paralimpik Paris 2024 untuk pembelian kenderaan Chery, membolehkan mereka menikmati teknologi terkini Chery serta komitmen jenama ini terhadap mobiliti lestari.

Pakej diskaun khas itu merangkumi 50 peratus diskaun untuk pemenang pingat emas bagi SUV Chery: TIGGO 8 PRO, OMODA 5 dan OMODA E5.

Diskaun 30 peratus untuk pemenang pingat perak serta atlet yang mara ke separuh akhir dan akhir.

Sebanyak 15 peratus untuk semua atlet yang layak bertanding di Olimpik dan Paralimpik 2024.

Semasa majlis tersebut, Chery menyerahkan OMODA 5 kepada Muhammad Ziyad Zolkefli, pemenang pingat perak acara lontar peluru, dan OMODA E5 kepada Cheah Liek Hou, pemenang pingat emas acara badminton.

Juara angkat berat dan pemenang pingat emas, Bonnie Bunyau Gustin yang memecahkan rekod dunia, turut menempah TIGGO 8 PRO tetapi tidak dapat hadir pada majlis tersebut.



Source link

OR

Scroll to Top