Daging korban diagihkan kepada bukan Islam

Daging korban diagihkan kepada bukan Islam


DIBOLEHKAN untuk menghadiahkan daging korban kepada jiran bukan Islam. Foto Canva

Soalan

Saya mempunyai jiran yang bukan Islam. Soalan saya, bolehkah saya memberikan daging korban kepada jiran non-Muslim ini?

Jawapan

Dalam pembahagian daging korban, kebiasaannya ia dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu kepada fakir miskin, diri sendiri dan ahli keluarga serta jiran dan sahabat handai termasuk yang berada.

Bagaimanapun, lebih afdal hanya sedikit sahaja diambil daripada daging korban untuk diri sendiri dan selebihnya diagihkan kepada fakir miskin.

Merujuk kepad soalan, ALLAH SWT berfirman: “Maka makanlah sebahagian daripadanya dan berilah (bahagian lain) kepada orang-orang yang tidak meminta dan yang meminta.” (Surah al-Hajj: 36)

Dalam mazhab Syafie, daging korban tidak dibenarkan diberikan kepada bukan Islam kerana korban merupakan ibadah yang mendekatkan diri kepada ALLAH SWT.

Bagaimanapun, ulama kontemporari membenarkan perbuatan tersebut atas beberapa alasan termasuklah jiran non-Muslim itu merupakan orang yang baik dan terdapat lebihan daging selepas semua golongan yang diwajibkan dapat itu telah menerima bahagian masing-masing.

Jika daging hanya cukup diagihkan kepada orang yang susah, utamakan golongan ini terlebih dahulu.

Dalam satu kisah, sahabat Rasulullah SAW iaitu Abdullah bin Umar RA pernah meminta hambanya memberikan daging sembelihan kepada jiran mereka yang beragama Yahudi atas alasan untuk berbuat kebaikan kepada mereka.

Rasulullah SAW bersabda: “Sentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan baik dan sopan) sehingga aku menyangka mereka seolah-olah waris.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi) 



Source link

OR

Scroll to Top