Dayana Roza Tegur Netizen Dakwa Ibu Cuai Kes Anak Dua Tahun Maut Dalam Kereta – “Jangan Cepat Menghukum”

Dayana Roza Tegur Netizen Dakwa Ibu Cuai Kes Anak Dua Tahun Maut Dalam Kereta – “Jangan Cepat Menghukum”


Pelakon, Dayana Roza tampil bersuara susulan insiden tragis melibatkan seorang ibu yang kehilangan anaknya selepas kanak-kanak berusia dua tahun itu dipercayai tertinggal di dalam kereta selama sembilan jam.

Menerusi ciapan di platform Threads, Dayana membidas komen segelintir individu yang menganggap kejadian tersebut tidak masuk akal, malah terus melabel ibu bapa mangsa sebagai cuai.

Menurut Dayana, sebagai seorang ibu, dia tidak bersetuju dengan tindakan menghakimi tanpa memahami keadaan sebenar yang mungkin dialami si ibu.

“Bila saya baca headline, saya terus google nak tahu ibu atau ayah yang cuai. Sebab kalau ibu, saya tak salahkan 100 peratus sebab anak baru dua tahun.

“Kita tak boleh simply judge orang. Tak ada ibu yang tak ingat anak,” katanya.

Dayana turut menjelaskan kemungkinan si ibu berdepan tekanan emosi tanpa disedari, termasuk kemurungan selepas bersalin atau bebanan hidup yang berat.

“Mungkin ibu itu pernah melalui mild post partum depression atau baby blues tapi tak sedar dan tak dapat rawatan.

“Mungkin pagi itu bergaduh dengan suami atau stres dengan kerja. Kita fikir tak logik, tapi itu asbab kematian untuk anak itu kembali ke Allah,” ujarnya.

Mengakhiri kenyataannya, Dayana menyeru orang ramai agar lebih berempati dan mendoakan yang baik-baik berbanding terus menghukum.

“Doa yang baik-baik lebih baik,” katanya.



Source link

OR

Scroll to Top