June 14, 2024

Di Usia 41 Tahun, Misha Omar Akui Pentingnya ‘Kesihatan Dalaman’ Kerana.. – Hijabista

“Sayangilah diri ini, belailah jiwa nan sepi kelayuan.. Dedaunan keguguran, dahan nan kerapuhan.. Bunga-bunga cinta layu di pusara..”

Pasti hijabi semua tidak asing lagi ketika mendengar bait-bait lagu berjudul ‘Bunga-Bunga Cinta’ yang satu ketika dahulu melonjakkan nama dan populariti pemilik nama Misha Omar atau lebih mesra disapa sebagai kak Mitch ini.

Siapa sangka penyanyi bersuara mampan dan vokal yang padu ini, kini sudahpun menjangkau usia 41 tahun. Ketika ditemui Hijabista pada sebuah majlis di ibu kota. Hijabista sempat bertanyakan apakah resolusi kak Mitch di usia 40-an.

Di Usia 40-an Misha Omar Akui, Kini Lebih Titikberatkan Kesihatan!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

Menurut Misha, apabila usia semakin meningkat, antara cabaran yang paling getir baginya adalah untuk mengawal berat badan sendiri. Misha akui bahawa sukar baginya untuk memastikan berat badan nya kekal seperti yang diingini.

“Umur 40-an sendiri mau ingat ya, umur 40 an cabaran dia adalah berat badan! Badan kak Mitch dia macam tak dengar cakap aku dah. Jadi cara-cara dia adalah, kita kena buat sesuatu supaya badan kita dengar cakap.

“Dan pada saya, yang paling penting adalah kesihatan,” katanya.

Tambahnya lagi, kesihatan merupakan perkara utama bila usia meningkat. Ini kerana, kesihatan memainkan peranan penting. Terutamanya sebagai seorang ibu, dia merupakan tonggak utama dalam institusi keluarga. Misha akui dia perlu kekal fit, untuk menguruskan keluarga iaitu suami dan anak-anaknya.

Artikel berkaitan: Usia 54 Tahun Bukan Penghalang Azizah Ariffin Untuk Tampil Cergas Dan ‘Keep Fit’ Demi Kesihatan!

Justeru, mengawal berat badan agar sentiasa ideal adalah penting. Sebagai seorang wanita, tidak boleh terlalu gemuk atau terlalu kurus. Sebaik-baiknya setara dengan BMI masing-masing.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Misha Omar (@mishaomar)

“Kita tak nak juga terlalu kurus sangat, nanti tiada tenaga. Tak larat nak buat kerja rumah. Nak angkat anak kalau dia mengamuk tak nak masuk rumah atau terlalu gemuk kerana payah untuk bergerak.

“Jadi untuk memastikan semua tu berjalan lancar. Kita perlu pastikan dan jaga kesihatan sebaiknya, luar dan dalam. Sebab lepas pandemik mental health kita dan semua orang akan terkesan. Jadi pada saya yang paling penting jaga dalam dulu, ia akan terpancar di luar,”¬†tegasnya.

Artikel berkaitan: Jaga Kesihatan Jantung Dengan Mengamalkan Pemakanan Ini!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

The post Di Usia 41 Tahun, Misha Omar Akui Pentingnya ‘Kesihatan Dalaman’ Kerana.. appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top