Dua kilang musnah dalam kebakaran di Sungai Buloh

Dua kilang musnah dalam kebakaran di Sungai Buloh


harisfadli@hmetro.com.my

Sungai Buloh: Dua kilang musnah dalam kebakaran di Jalan Kampung Baru Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan pada 7.32 pagi.

“Komander operasi melaporkan kebakaran membabitkan dua kilang kelas A. Premis pertama membabitkan kilang perkakasan terbakar 90 peratus.

“Kilang kedua ialah kilang perabot terbakar 60 peratus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan setakat ini di kedua-dua lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, jentera dan pasukan daripada BBP Bukit Jelutong, BBP Subang Jaya, BBP Damansara dan BBP Selayang turut dikerahkan ke lokasi bagi membantu mengawal kebakaran.

Katanya, keseluruhan seramai 26 anggota, empat jentera pemadam api, dua lori tangki air dan dua pasukan perubatan kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top