June 14, 2024

Empangan pecah, lebih 40 penduduk Kenya maut


NAIROBI – Lebih 40 orang maut di Kenya selepas empangan pecah susulan hujan lebat dan banjir.

Penduduk di kampung berhampiran Mai Mahiu, kira-kira 60 kilometer dari Nairobi, dihanyutkan ketika mereka tidur.

Kejadian ini berlaku selepas lebih 100 orang terbunuh dalam banjir yang telah memusnahkan beberapa bahagian Kenya bulan lalu.

Pasukan penyelamat sedang menggali lumpur untuk mencari mangsa yang terselamat di beberapa kampung di Kamuchiri dan Kianugu di daerah Nakuru.

Daripada 42 mayat yang ditemui setakat ini, 17 adalah kanak-kanak.

Penduduk menggambarkan banjir kali ini begitu dahsyat kerana air laju dari Empangan Kijabe Lama.

Difahamkan penduduk di Kianugu, sebuah perkampungan dengan kira-kira 18 rumah turut dihanyutkan.

Susulan bencana ini, kerajaan telah menangguhkan pembukaan sekolah di seluruh Kenya kerana lebih banyak hujan dijangka turun tidak laa lagi.

Lebih 130,000 orang telah kehilangan tempat tinggal akibat banjir menyebabkan mereka terpaksa berteduh di sekolah.

Hujan lebat turut melanda negara jiran Tanzania dan Burundi.

Sekurang-kurangnya 155 orang telah terbunuh di Tanzania sejak Januari.

Di Burundi, hampir 100,000 orang telah kehilangan tempat tinggal. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top