Fatima Miliki Beg Tangan Hermes Kelly Jadi Perhatian

Fatima Miliki Beg Tangan Hermes Kelly Jadi Perhatian


Perkongsian seorang individu di Threads menjadi perhatian apabila anak kepada pelakon Fazura iaitu Nur Fatima Aisya memiliki beg tangan mewah Hermes Kelly.

Menerusi hantaran berkenaan, individu tersebut mendakwa Fatima baru saja mendapatkan beg Hermes Kelly keduanya dari butik.

Dakwa individu itu lagi, bukan semua orang berpeluang untuk masuk dan keluar dengan beg mewah berkenaan lebih-lebih lagi untuk kali kedua.

“Nur Fatima Aisya baru sahaja berjaya mendapatkan beg Hermès Kelly keduanya terus dari butik. Yang tahu, tahulah.

“Ini bukan sekadar pembelian, ini akses yang diperoleh. Bukan semua orang boleh masuk dan keluar dengan sebuah Kelly… apatah lagi dua kali,” tulis individu itu lagi.

Diruangan komen, rata-rata netizen kagum Fatima sudah memiliki beg tangan berkenaan diusia kecil lagi dalam masa yang sama boleh dijadikan sebagai pelaburan.






Source link

OR

Scroll to Top