Gempa Mindanao: Amaran tsunami di 4 kawasan pantai Sabah

Gempa Mindanao: Amaran tsunami di 4 kawasan pantai Sabah


Kuala Lumpur: Tsunami dijangka melanda kawasan pantai di Sabah antara 10.30 pagi hingga 12 tengah hari ini susulan gempa bumi kuat berukuran 7.9 pada skala Richter melanda Mindanao, Filipina pagi ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia Dr Mohd Hisham Mohd Anip dalam kenyataan berkata berdasarkan analisis, tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu.

Sehubungan dengan itu, beliau berkata orang awam di kawasan yang terlibat dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa dari semasa ke semasa.

“MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ini dan mengeluarkan maklumat terkini dari semasa ke semasa.

“Sila dapatkan maklumat cuaca dan gempa bumi terkini yang sahih melalui laman web rasmi, aplikasi mobil myCuaca dan media sosial rasmi jabatan serta menghubungi talian hotline 1300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan lanjut,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top