Gergasi Merah tundukkan Nam Dinh

Gergasi Merah tundukkan Nam Dinh


Pemain Selangor FC, Chrigor Flores Moraes ketika meraikan jaringan gol pada perlawanan separuh akhir kejuaraan kelab ASEAN Piala Shopee 2025/26 diantara Selangor FC menentang Nam Dinh FC di stadium MBPJ pada Rabu.

SELANGOR FC berjaya membawa bekalan satu gol untuk aksi timbal balik selepas menundukkan kelab Vietnam, Nam Dinh FC 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Kejuaraan Kelab ASEAN di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada Rabu.

Skuad Gergasi Merah yang turun dengan misi memburu kelebihan di laman sendiri berada di depan pada minit ke-38 menerusi penyerang berbisa mereka, Chrigor Moraes.

Gol tersebut berpunca daripada hantaran Quentin Cheng yang bijak disudahkan oleh Moraes untuk menceriakan penyokong tuan rumah.

Bagaimanapun, kegembiraan Selangor tidak bertahan lama apabila Nam Dinh FC berjaya menyamakan kedudukan pada penghujung babak pertama hasil jaringan Nguyen Van Vi.

Bersambung babak kedua, gandingan Quentin Cheng dan Moraes sekali lagi menjadi duri dalam daging buat pertahanan Nam Dinh apabila hantaran silang Quentin pada minit ke-59 sekali lagi disambar Moraes untuk gol keduanya.

Kedudukan 2-1 itu kekal sehingga tamat perlawanan, sekali gus memberi kelebihan buat Selangor FC menjelang aksi separuh akhir kedua yang dijadualkan berlangsung di tempat lawan pada Rabu depan.



Source link

OR

Scroll to Top