Hansi Flick sah ketua jurulatih Barcelona

Hansi Flick sah ketua jurulatih Barcelona


MADRID – Barcelona akhirnya memilih bekas pengurus Jerman dan Bayern Munich, Hansi Flick sebagai ketua jurulatih dengan kontrak dua tahun, menurut kelab La Liga itu.

Flick diberikan tugas untuk memulihkan semula maruah Barcelona walaupun tidak bekerja sejak dipecat oleh Jerman pada September 2023,

Minggu lalu, kelab Catalunya itu yang gagal menang sebarang trofi musim ini memecat Xavi Hernandez.

Flick berkata, ia satu penghormatan dan satu impian untuk menjadi jurulatih Barcelona.

Jurulatih baharu Barcelona, Joan Laporta bergambar bersama jersinya selepas memuktamadkan perjanjian di Barcelona, Sepanyol semalam. – Foto fcbarcelona.com

“Saya benar-benar tidak sabar untuk mula bekerja dengan kelab yang mengagumkan ini. Sejak saya tiba, saya lihat setiap orang sayangkan kelab ini dan melakukan segala-galanya yang mereka mampu demi kejayaannya,” katanya kepada Barca TV.

Barcelona menyebut mengenai kejayaan pengendali berusia 59 tahun itu ketika musim 2019-20 di Bayern, yang mana beliau menang enam trofi – Bundesliga, Piala Jerman, Liga Juara-Juara, Piala Super Jerman, Piala Super UEFA dan Piala Dunia Kelab.

Xavi dipecat selepas musim tanpa trofi yang mana Barca berakhir 10 mata di belakang juara Real Madrid, kalah final Piala Super Sepanyol di tangan musuh ketat mereka itu dan tersingkir di tangan Paris Saint-Germain pada suku akhir Liga Juara-Juara.

Flick mencipta namanya sebagai pembantu pengurus Jerman, Joachim Low ketika kempen kejayaan Piala Dunia 2014.

Pada 2019, dia menyertai Bayern sebagai ketua jurulatih, meraih tujuh trofi dalam dua musim kendaliannya.

Flick mengemudi Bayern meraih treble pada 2020, apabila mereka membelasah Barca 8-2 dalam laluan memenangi Liga Juara-Juara, sebelum meninggalkan kelab gergasi Bundesliga itu pada 2021 untuk mengurus pasukan kebangsaan Jerman. – Agensi



Source link

OR

Scroll to Top