May 18, 2024

Harga petrol, diesel kekal


KUALA LUMPUR – Harga runcit petrol dan diesel bagi tempoh 25 April hingga 1 Mei masih kekal.

Kementerian Kewangan berkata, sepanjang tempoh itu harga runcit petrol RON97 pada paras RM3.47 seliter; RON95 (RM2.05) dan diesel (RM2.15).

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi  memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan di sini. – MalaysiaGazette



Source link

OR

Scroll to Top