June 18, 2024

“I Tak Botak” Ini Rutin Fatin Afeefa Jaga Rambut Panjang Lebat – Hijabista

“I tak botak.” Tenang kenyataan selebriti Fatin Afeefa sambil berkongsi rutin hariannya sebagai hijabi ketika menjaga rambut yang sihat, panjang dan lebat.

Sebagai wanita berhijab yang memakai tudung sekitar 6 ke 8 jam sehari, rutin penjagaan rambut yang betul amat penting bagi memastikan mahkota terjaga rapi.

Bagi aktres yang dikenali menerusi Tentang Bulan ini, kecuaian menjaga rambut boleh menyebabkan keguguran atau lebih teruk lagi masalah botak, atau Hijab Alopecia.

Sebagai pengguna setia jenama penjagaan rambut SugardollbyNN, Fatin Afeefa atau nama penuhnya Nur Afifah Shamsudin sangat menitikberatkan rutin yang betul, sama seperti zaman beliau freehair dahulu.

Instagram @fatinafeefa

Kata isteri kepada usahawan Aliff Awang atau Opai ini lagi, “Sesetengah orang fikir buang masa menjaga rambut, mungkin sebab tiada siapa yang melihat ‘aurat’ mereka bila bertudung.

Tapi suami kita melihatnya. Your husband will see… Your botak hair,” kata Fatin Afeefa yang masih rajin membuat rambut di rumah untuk tatapan suami tersayang.

“I tak botak,” terang Fatin Afeefa sambil berkongsi 3 amalan penjagaan rambut yang sihat, panjang dan lebat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AFEEFA 🌙 (@fatinafeefa)

 

Rutin Hair Care Fatin Afeefa

TIP 1: Jangan tidur dengan rambut basah @ lembap
Rambut akan berminyak selagi tak cuci rambut dan bau kepam. Kalau tak cuci 3 hari, 3 hari la rambut penyek, berminyak dan berbau.

TIP 2: Jangan ikat rambut ketat sangat
Jangan beriya sangat ikat kuat-kuat. Fatin beli getah rambut yang murah-murah je di kedai DIY.

TIP 3: Jangan sikat rambut masa basah
Bila basah, rambut kita jadi sangat fragile. Kata Fatin, rambut basah tidak perlu disikat sebelum dikeringkan.

Meskipun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya tahun lepas, Fatin Afeefa tetap menggunakan produk penjagaan rambut yang intensif bagi menjaga mahkota kesayangannya.

 

Instagram @fatinafeefa

Memetik temu bual Media Hiburan bersama Fatin Afeefa, beliau pernah mengatakan niatnya berubah kerana ingin menjadi individu yang lebih baik daripada dulu. Keputusan itu diambil sejurus pulang daripada menunaikan umrah pada tahun 2023.

Doakan semoga ibu anak dua ini terus istiqamah berhijab.

Artikel berkaitan: https://www.hijabista.com.my/cantiknya-girl-crush-kongsi-gambar-bertudung-penampilan-terkini-fatin-afeefa-raih-pujian/

The post “I Tak Botak” Ini Rutin Fatin Afeefa Jaga Rambut Panjang Lebat appeared first on Hijabista.

OR

Scroll to Top