Pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura tampil tenang memberikan respons selepas ada individu mendakwa wujud fitnah baharu berkenaan dirinya baru-baru ini.
Menerusi hantaran di platform Threads, individu berkenaan meluahkan rasa hairan apabila dakwaan tidak berasas itu seolah-olah muncul secara bermusim dan berulang-ulang.
“Tadi baru nampak macam ada fitnah baru tentang Fazura.
“Flying monkeys ni macam bermusim pula. Macam main game ada mission baru kena complete. Berapa pula bayarannya kali ini?,” luahnya.

Sedar dengan kenyataan tersebut, Fazura bagaimanapun bertindak matang apabila memilih untuk tidak melayan spekulasi serta tuduhan tidak berasas itu, sebaliknya menyerahkan isu tersebut kepada ketentuan Tuhan.
“Baru 14 hari masuk 2026. Orang yang sama ke tabur fitnah yang sama untuk tuannya tu?
“Tak mengapa… biarkan sahaja, Allah ada,” balas Fazura menerusi hantaran di Threads.

ARTIKEL BERKAITAN:Balas Komen Netizen Isu ‘Malu’ Ada Kawan Tak Pandai Bergaya, Fazura Tampil Respons – “Saya Tak Segan, Tapi Ada Syarat”
ARTIKEL BERKAITAN:Fazura Kongsi ‘Pet Peeves’, Ingatkan Soal Adab & Sikap Bertimbang Rasa – “Sikap ‘Entitled’, Suka Tunggu Orang Suap Info..”
ARTIKEL BERKAITAN:Peminat Cilik Terima Komen Kurang Manis, Fazura Tampil Pertahan – “Cantik Itu Hanya Milik Allah”
ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Nak Maafkan Atau Tak, Itu Rahsia Saya Dengan Allah” – Fazura






