Pelakon Syida Melvin berkongsikan mengenai nasihat buat para wanita mengenai pilihan dalam kehidupan.
Menerusi hantaran di Threads, Syida berkata dalam hidup kita mempunyai pilihan namun wanita tidak perlu memilih untuk bertahan dalam penderitaan.
BACA: Syida Melvin Fail Cerai Terhadap Suami

Menurut Syida lagi, wanita boleh memilih kehidupan untuk dihargai dan tidak perlu mengorbankan diri sendiri.
“Woman to woman. Hidup itu pilihan. Jangan memilih untuk terus bertahan dalam penderitaan.
“Pilihlah untuk menjadi wanita yang dihargai, dibahagiakan, dan diusahakan tanpa harus mengorbankan dirimu sendiri,” tulisnya.
Dalam pada itu, Syida berkata kebahagiaan yang dikecapi itu bermula daripada diri sendiri dan wanita perlu kuat serta mampu untuk berdikari.
“Tapi ingat, kebahagiaan juga bermula dari dirimu. Kamu harus terus kuat dan mampu berdiri di atas kaki sendiri..” katanya.
Terdahulu, hangat diperkatakan apabila Syida dilapor telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Syafiq Azim pada Disember tahun lalu.





