July 27, 2024

Jenazah Hasnatul selamat dikebumikan

Jenazah Hasnatul selamat dikebumikan


ALOR GAJAH – Suasana hiba menyelubungi pengebumian guru sekolah, Hasnatul Adilah Hassan, 48, di Tanah Perkuburan Islam Tangki Air di sini pukul 9 malam tadi.

Lebih 300 ahli keluarga dan kenalan hadir mengiringi jenazah termasuk anak bongsunya, Muhammad Farouq Saifullizan, 12, yang turut terlibat dalam nahas sebuah bas dan treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat awal pagi tadi.

Terdahulu, solat jenazah guru Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Masjid Tanah itu diimamkan anak keempat Allahyarham, Muzaffar Shah, 19, di Masjid Al Muhtadi Ramuan China Besar.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 pagi tadi, sebuah bas yang membawa 39 orang terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori treler di Kilometer 126 Jalan Kuantan-Segamat dekat Simpang Tiga Bahau.

Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Nor Azman Yusof dilaporkan berkata siasatan awal mendapati pemandu bas berkenaan gagal memberhentikan kenderaan lalu merempuh sebuah lori treler.

Dua mangsa lain yang maut adalah pemandu kedua bas, Mohd Adi Hasan, 29, yang meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Muadzam Shah.

Seorang lagi adalah Hamzah Ahmad, 60, disahkan maut ketika dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Kak Long pernah cakap dia mahu jadi popular – Adik Hasnatul

 

 



Source link

OR

Scroll to Top