'Jika pimpinan parti mahu saya pertahan DUN Klawang, saya akur' – Datuk Bakri

'Jika pimpinan parti mahu saya pertahan DUN Klawang, saya akur' – Datuk Bakri

'Jika pimpinan parti mahu saya pertahan DUN Klawang, saya akur' – Datuk Bakri


am@hmetro.com.my

Jelebu: “Jika ikutkan saya, saya tidak berhasrat untuk bertanding lagi, calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klawang juga sudah ada. Namun jika pimpinan parti mahu saya bertanding lagi, saya akur dan akan mempertahankan kerusi DUN yang dimenangi sejak dua penggal,” ujar Datuk Bakri Sawir penyandang kerusi DUN Klawang.

Bakri yang juga Timbalan Pengerusi AMANAH Negeri Sembilan berkata, dia menyerahkan semua perkara berkaitan kepada pihak atasan dan tidak mahu memikirkan soal menjadi calon atau tidak.

“Jika diputuskan supaya saya terus kekal bertanding, saya akan akur dan sedia berdepan dengan sesiapa saja calon.

“Jika ditakdirkan ada pertembungan dengan Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin, kita akan pastikan pertandingan dijalankan dengan berhemah.

“Beliau tetap rakan saya malah bukan menjadi prinsip saya untuk bertanding secara tidak sihat,” katanya pada Majlis Kenduri Kahwin lapan pasangan pengantin di Masjid Dato’ Undang Luak Jelebu di sini, tadi.

Majlis turut dihadiri Undang Luak Jelebu Datuk Maarof Mat Rashad; Ahli Parlimen Jelebu Datuk Seri Jalaluddin Alias ;ADUN Sungai Lui Datuk Mohd Razi Mohd Ali dan Pegawai Agama Islam Daerah Jelebu merangkap Pendaftar, Nikah,Cerai dan Rujuk

Abdul Manas Md Isa.

Bakri berkata, kerusi yang bakal ditandingi AMANAH juga akan diputuskan dalam satu mesyuarat tidak lama lagi.

Katanya secara amnya, AMANAH mahu bertanding semula di kerusi DUN Lenggeng yang sebelum ini diserahkan kepada UMNO.

“Apapun semua keputusan akan diputuskan dalam mesyuarat itu nanti,” katanya.

AMANAH memiliki satu kerusi DUN yang dimenangi pada PRN Ke 15 iaitu DUN Klawang apabila Bakri memenangi kerusi berkenaan bagi penggal kedua dalam pertandingan tiga penjuru.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top