ercy.gracella@bh.com.my
Kuala Lumpur: Jumlah mangsa banjir di Sabah terus meningkat kepada 7,442 orang setakat jam 7.30 pagi ini, berbanding 6,663 orang yang direkodkan malam tadi.
Berdasarkan portal Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 2,803 keluarga terjejas di lima daerah ditempatkan di 38 pusat pemindahan sementara (PPS).
Daerah yang terjejas termasuk Tenom, Sipitang, Membakut, Kemabong dan Beaufort.
Daripada keseluruhan mangsa, sebanyak 2,589 mangsa adalah perempuan dewasa manakala lelaki dewasa (2,302 orang).
Selain itu, seramai 1,218 terdiri daripada kanak-kanak lelaki manakala kanak-kanak perempuan seramai 1,164 orang.
Bayi lelaki yang terjejas dengan bencana itu di Sabah membabitkan seramai 73 mangsa dan bayi perempuan (96 orang).
© New Straits Times Press (M) Bhd






