“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana

“Kalau Ditakdirkan Saya Kahwin Lagi, Saya Takkan Jadi Diri Saya Yang Dulu – Puteri Sarah Liyana


Pelakon dan usahawan, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin mendedahkan pengalaman kehidupan berumah tangga sebelum ini dan kemungkinan jika dia berkahwin semula pada masa hadapan kelak.

Kata Sarah menerusi sepoting video pendek sesi temu bualnya bersama audio siar Studio Sembang, dia pernah membuat keputusan paling besar dalam hidup apabila memilih untuk meninggalkan kerjaya demi memberi sepenuh tumpuan kepada keluarga.

“I choose to be a housewife  and leave everything, korbankan segala-galanya hanya untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik untuk anak-anak saya.

“Dan masa tu, saya fikir itu adalah keputusan yang tepat tetapi kemudiannya ada pula circumtances yang datang,” katanya.

Bagaimanapun, pengalaman lampau membentuk dirinya menjadi wanita yang lebih berdikari dan bekerjaya.

“Sekarang saya berubah pula menjadi seorang ibu yang bekerjaya.

“Kalau satu hari nanti saya berkahwin semula dan kembali kepada diri saya yang lama, saya tak kisah sebenarnya… I love that sebenarnya.

“Tapi mungkin ada perbahan sikit lah. Bukan macam dulu lagi,” katanya lagi.

Dalam hantaran sama, ibu anak dua itu menegaskan, pengalaman lampau dibuat tanpa berfikir panjang dan dia kini lebih berhati-hatidalam membuat keputusan.

“Kalau dulu saya betul-betul bagi kesemuanya. I give evrything, Kalau anda rasa nak korbankan segala-galanya, nak jadi suri rumah, tinggalkan karier tanya balik diri, berbaloi tak?  Kalau berbaloi you dapat the happiness tu, okay lah,” ujarnya.



Source link

OR

Scroll to Top