“Kalau Tak Puas Mem*nt*t Jangan Kahwin” – Dayana Roza Persoal Kenapa Lelaki Melayu Suka Curang, Titip Pesan Minta Wanita ‘Angkat Kaki’ Dari Hubungan Toksik

“Kalau Tak Puas Mem*nt*t Jangan Kahwin” – Dayana Roza Persoal Kenapa Lelaki Melayu Suka Curang, Titip Pesan Minta Wanita ‘Angkat Kaki’ Dari Hubungan Toksik


Pelakon Dayana Roza meluahkan pandangan peribadinya mengenai isu kecurangan dalam rumah tangga yang didakwa semakin membimbangkan.

Kata Dayana atau nama lengkapnya, Nur Dayana Kamsun Baharin, 36, menerusi hantaran di Threads, dia mempersoalkan mengapa semakin ramai lelaki Melayu didakwa berlaku curang, sekali gus menegur sikap segelintir golongan itu yang didakwa tidak menghargai perkahwinan, selain menyifatkan tindakan curang sebagai sesuatu yang tidak wajar.

Jelasnya, situasi menjadi lebih rumit apabila ada pihak yang cuba memainkan peranan sebagai mangsa selepas berdepan konflik rumah tangga.

“Serius question? Kenapa  makin ramai lelaki melayu kita yang curang eh? Kalau tak puas mem*nt*t jangan kahwin.

“Bila wife minta cerai mula la play victim burukkan wife itu ini. Yang betina pun sama bangang tak reti hormat perasaan perempuan lain,” katanya.

Mengulas lanjut, ibu kepada dua cahaya mata itu turut menitipkan pesanan buat golongan wanita agar tidak terus bertahan dalam hubungan toksik.

Tambahnya, wanita berhak untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, apatah lagi demi masa depan diri sendiri dan anak-anak.

“But ladies, keep your head high dan tinggal je suami kalau dah bagi banyak peluang tak berubah.

“Lantak orang cakap apa sebab yang tu awak… dan anak-anak perlukan you.  You deserve better, ingat tu! Saya cakap berdasarkan pengalaman,” katanya.

Sekadar info, Dayana sebelum ini mendedahkan rumah tangganya dengan bekas suami, A’dale Adham Ayahudi terlerai dan mereka sah bercerai dengan talak satu pada 18 Disember lalu.

Untuk rekod, Dayana dan A’dale mendirikan rumah tangga pada 25 Disember 2020. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Astrid Raheeya, dan Aryan Andika.



Source link

OR

Scroll to Top