“Kan Manda Dah Kata, Ramai Dah Nak Tuntut Hutang” – Anak Norish Karman

“Kan Manda Dah Kata, Ramai Dah Nak Tuntut Hutang” – Anak Norish Karman


Anak kepada pelakon Norish Karman iaitu Nur Hanyz Amanda atau dipanggil Manda meluahkan rasa syukur di atas rezeki ketika bersiaran langsung dengan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri.

Menerusi hantaran di Insta Story, turut menjadi perhatian apabila Manda berkata sudah ada yang tampil menuntut hutang selepas siaran langsung berkenaan.

BACA: “Ramai Masuk Meminang, Ada Yang Mak Dia Tak Suka Sebab Saya Tak Kaya Macam Vida”

“Alhamdulillah atas rezeki bersama papa Aliff Syukri malam tadi. Kan Manda dah kata, ramai dah nak tuntut hutang pagi ini,” katanya.

Sementara itu, dalam satu hantaran lain Manda berkata jumlah wang yang diterima bukan seperti yang dipaparkan dalam hantaran berkenaan.

“Ini tidak benar. Ini bukan jumlah yang kami dapat.Alangkah indahnya jika ia benar. Kalau setiap kalibuat live dapat RM50,000, lima kali buat live, dah boleh beli Satria buat adik-adik selesa nak pergi sekolah,” katanya.






Source link

OR

Scroll to Top