Pelakon Norish Karman mendedahkan ramai lelaki cuba mendekatinya sepanjang 14 tahun bergelar ibu tunggal.
Menerusi sesi siaran langsung bersama usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Norish berkata ada lelaki yang mahu meminangnya tetapi tak mahu anak-anaknya.
BACA: “Macam-Macam Orang Cakap, Mereka Kata Padan Muka Siapa Suruh Bela Anak Ramai”
Tambah Norish lagi, ada lelaki berstatus suami orang mendekatinya namun dia menolak dan ada ibu kepada lelaki berkenaan tidak sukakannya kerana dirinya tidak memiliki kekayaan.
“14 tahun saya jadi ibu tunggal ramai yang masuk meminang. Saya pernah tolak suami orang, ada juga yang mak dia tak suka sebab saya tidak kaya macam Datuk Vida. Ada juga yang nak saya tapi tak nak anak-anak saya, jadi saya tak boleh teruskan,” katanya.
Sementara itu, Norish turut mendedahkan dirinya turut dilabel perempuan neraka kerana tidak bertudung ketika belum lagi berhijab.
“Ada mak dia tanya ‘Apa kau dapat kawan dengan dia (Norish), dia miskin, ramai anak’. Mak dia tak suka.
“Ada juga yang ketika itu saya belum bertudung lagi, rambut kuning. Mak dia cakap mesti masuk neraka, buat apa cari perempuan neraka, cari perempuan syurga,” katanya.
Dalam pada itu, Norish berkata dia melihat apa yang berlaku itu ada hikmahnya serta memilih untuk fokus membesarkan lapan anaknya.
“Mungkin Allah kata belum (kahwin semula) lagi. Mungkin jihad saya kepada anak-anak dulu,” katanya.
Sumber: HibGlam






