July 27, 2024

Kekalkan Perez di Red Bull

Kekalkan Perez di Red Bull


London: Sergio Perez kekal pilihan terbaik Red Bull sebagai rakan sepasukan juara dunia tiga kali Max Verstappen musim depan, menurut bekas pengurus pelumba itu, Otmar Szafnauer.

Kontrak Perez dengan juara Formula Satu (F1) itu tamat pada penghujung musim ini dan pelumba berusia 34 tahun terbabit berdepan masa depan tidak menentu.

Szafnauer yang juga bekas prinsipal Force India, Aston Martin dan Alpine berkata kepada wartawan ‘Checo’ akan menjadi pilihannya dan dia sudah memperkatakannya di Abu Dhabi.

“Jika saya (pengurus pasukan) Christian (Horner), saya akan terus menyimpannya untuk tahun depan,” kata Szafnauer .

“Tahun ini daripada apa yang saya lihat, selain beberapa perlumbaan yang saya fikir sepatutya dia menamatkan kedudukan lebih tinggi, dia melakukannya.”

Perez kini menduduki tangga kedua dalam carta selepas lima perlumbaan dan meraih 85 mata.

Pelumba Sepanyol itu menghabiskan tujuh musim di Force India/Racing Point kini Aston Martin sebelum berpindah ke Red Bull pada 2021.

© New Straits Times Press (M) Bhd



Source link

OR

Scroll to Top